JEMPUT JOIN KAMI

JEMPUT JOIN KAMI
Klik Logo Di Atas

Followers

RADIO ONLINE KOBATFM

Friday, 14 June 2013

MENGAPA RAKYAT PERLU BANGKIT? KOBAT CERAMAH DI KERATONG 4, ROMPIN MALAM ESOK (15 JUN)

Meskipun PRU 13 telah berakhir dan Kerajaan yang dibentuk di peringkat Persekutuan adalah 'Kerajaan 47%" manakala PR terus menjadi Pembangkang walaupun di dalam keadaan keputusan yang penuh 'kontroversi' berjaya mendapat 53 %, namun gerak kerja tetap diteruskan selagi Umno/Bn masih mengekalkan kezaliman dan penindasan.

Rata-rata menjangkakan majoriti tentera telah bersama dengan PR, namun apabila keputusan PRU yang lalu diumumkan ianya menjadi persoalan kerana di beberapa kawasan, undi yang diberikan oleh warga tentera melalui undi pos dan undi awal sukar melebihi paras 7% kepada PR. Benarkah begitu ramai warga tentera amat selesa dengan rejim Umno/Bn?  Jika benar, mengapa terlalu banyak salah laku yang mesti dilakukan oleh SPR dan pihak berkuasa di dalam menguruskan undi awal dan undi pos?  Ini semua telah dibuktikan secara nyata oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh.  Beliau amat marah apabila beliau dihalang dari menyaksikan perpindahan kotak undi awal dari Balai Polis di Kuantan sehari sebelum orang awam mengundi.  Bukankah SPR telah memberi jaminan bahawa sebarang perpindahan kotak undi calon dan wakil calon berhak menjadi saksi?  Mengapa timbul isu keselamatan di dalam Balai Polis untuk menghalang YB Fuziah dari melihat sendiri kerja-kerja perpindahan kotak undi awal berkenaan?

Itu adalah di antara beberapa faktor mengapa rakyat mahu berhimpun pada 22hb Jun ini nanti di Padang Merbok, KL.  Rakyat mahu Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan serta mendesak diadakan semula Pilihanraya di beberapa kawasan yang sahih dan terbukti amat menyalahi peraturan Pilihanraya.  Pada 20hb Jun ini pula, satu perhimpunan Pra Himpunan 505 akan diadakan di Kuantan di bawah anjuran NGO sebagai program penyuntik semangat rakyat untuk turun ke KL pada 22hb Jun ini nanti.

Penyelaras KOBAT pula akan berceramah di Markas PAS, Keratong 4, Rompin pada 15hb Jun (Sabtu) ini bersama Adun Tg Lumpur, YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar.  Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan.




Monday, 6 May 2013

LAKSAMANA PERTAMA (B) HJ IMRAN ABD HAMID BAWA SUARA WARGA TENTERA KE PARLIMEN

KOBAT mengucapkan tahniah dan syabas kepada Laksamana Pertama (B) Imran bin Abd Hamid, calon KEADILAN yang telah berjaya merampas Kerusi Parlimen Lumut.

Laksamana Pertama (B) Hj Imran bersama DS Anwar Ibrahim
Mudah-mudahan kemenangan beliau itu boleh mewakili suara keseluruhan warga tentera dan bekas tentera untuk dibawa ke Parlimen.  Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada pengundi-pengundi di Parlimen Lumut termasuk warga tentera di sana yang berani melakukan perubahan.




Wednesday, 1 May 2013

Surat Terbuka Anggota Tentera Malaysia Kepada Anwar Ibrahim

Kepada : 
 
DSAI Bakal PM Malaysia..

Daripada : Anggota Tentera Malaysia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya adalah anggota tentera dan merupakan salah seorang penyokong tegar PR. Saya telah pun mengundi PR di Undian Awal pada 30 April semalam.

Ramai juga dalam kalangan rakan-rakan tentera saya yang turut mengundi PR semalam. Semuanya inginkan perubahan dan mengharapkan Manifesto PR dapat dilaksanakan selepas kemenangan PR nanti. Saya amat mengharapkan BN dan UMNO dapat dikuburkan pada PRU kali ini.

Selain kebajikan-kebajikan lain, kami warga tentera juga mengharapkan agar KADAR FAEDAH PINJAMAN di KOPERASI TENTERA dapat dikaji semula. Hal ini kerana, kadar faedah pinjaman di Koperasi Tentera adalah 6% jauh lebih tinggi berbanding kadar faedah di bank-bank lain iaitu hanya dalam lingkungan 3.9%.

Hal ini ditambah lagi dengan kebajikan kami sebagai Lain-Lain Pangkat (LLP) langsung tidak boleh untuk membuat Personal Loan di bank-bank lain. Hanya boleh di Koperasi Tentera sahaja. Saya pun tidak pasti mana silapnya, samada pihak kroni atau atasan ada kepentingan sehinggakan kami disekat untuk di bank-bank lain. Tapi hal ini tidak berlaku pada Pegawai. Pegawai tetap boleh membuat loan di bank-bank lain.

Besarlah harapan saya serta warga tentera yang lain agar Dato Seri dapat mempertimbangkan perkara ini. Semoga PR menang majoriti 3/2 pada PRU 13 kali ini.

PAKATAN HARAPAN RAKYAT.

Sumber:  DI SINI

Tuesday, 30 April 2013

UNDI AWAL BAGI TENTERA HARI INI - JANGAN TAKUT UNTUK MENGUNDI PR, UNDI ANDA ADALAH RAHSIA !!

SAYA telah mendapat informasi bahawa satu taklimat telah diadakan kepada anggota-anggota tentera pada jam 9 pagi tadi bahawa semua anggota tentera yang akan melaksanakan pengundian awal pada 30 April 2013 dikehendaki mengisi borang identiti dan memasukkan ke dalam sampul serta dimasukkan bersama-sama kertas undi ke dalam peti undi.

Pihak saya telah menghubungi Pengarah SPR Negeri Pahang untuk mendapatkan kesahihan dan kepastian daripada pihak SPR adakah ianya adalah implimentasi oleh pihak SPR dan pihak SPR telah mengesahkan bahawa ia bukan arahan SPR dan dilaksanakan oleh pihak pengurusan tertinggi Kem.

Justeru, selaku Calon P85 Pekan, saya MEMBANTAH tindakan tidak rasional dan tidak demokratik tersebut yang akan dilaksanakan pada hari esok 30 April 2013 semasa pengundian awal yang sudah pasti bertujuan menakut-nakutkan anggota-anggota tentera untuk melaksanakan amalan demokrasi dan kebebasan sebagai warganegara Malaysia.

Saya akan membuat pemantauan esok di kesemua lokasi pengundian awal di kawasan Parlimen Pekan bagi memastikan amalan demokrasi dilaksanakan secara adil dan profesional serta tidak melanggari Hak Asasi Manusia .

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

FARIZ MUSA
Calon P85 Pekan

Tuesday, 23 April 2013

LT JENERAL (B) DATO' GHAFIR DI BALOK MAKMUR, KUANTAN PADA 25 APRIL INI

Kepada semua warga tentera dan bekas-bekas tentera khususnya, dijemput hadir pada tarikh dan masa yang tersebut di atas bagi mendapatkan maklumat-maklumat semasa khususnya berkaitan isu ketenteraan dan kebajikan warga tentera/bekas tentera.

InsyaAllah, wakil dari KOBAT juga akan berucap pada malam tersebut.  Mohon hebahkan dan 'share' melalui FB masing-masing.

Friday, 19 April 2013

ZAHID HAMIDI BERKEMPEN DI DALAM KEM TENTERA, PEGAWAI TENTERA MELANGGAR PMAT?

Mengapa perlu perbodohkan pemikiran warga tentera di hadapan pegawai-pegawai mereka?  Zahid Hamidi nampaknya amat terdesak untuk meraih sokongan warga tentera yang kini semakin jelak dengan kerajaan Umno/Bn.  Petikan dari Malaysiakini di bawah jelas menunjukkan Zahid Hamidi telah berkempen politik di dalam kem Tentera dan ianya jelas menyalahi peraturan di dalam ATM.

"Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggunakan kedudukannya sebagai menteri sementara untuk meraih sokongan dari pegawai tentera dalam satu acara rasmi, namun berpendapat ia bukan satu bentuk kempen.

"Saya bukan minta sokongan anda, saya bukan berkempen. Tidak, saya cuma minta undi anda, itu saja. Wartawan, jangan tulis ini ya!," katanya sambil ketawa ketika berucap kepada kira-kira 600 orang pegawai dan veteran tentera dalam satu pertemuan di kem Tebrau di Johor Bahru.

Ahmad Zahid menjelaskan bahawa kerahsiaan dan ketelusan undi tentera akan terpelihara walaupun dengan pelaksaan undi awal untuk pasukan keselamatan bagi pilihan raya umum kali ini.

Langkah baru itu juga menangkis khabar angin bahawa kertas undi pegawai berkenaan dipangkah oleh pegawai penyelia tanpa pengetahuan mereka.

“Pangkahlah siapa yang anda mahu, asalkan anda pangkah BN. (Media) jangan lapor ya," katanya lagi dengan berjenaka." (Malaysiakini).

 
Menghadiri kempen politik berpakaian seragam menyalahi PMAT, 1972.  Apakah ini ?

Pada fikiran anda, tidakkah menjadi satu kesalahan mengikut Perintah Majlis Angkatan Tentera, 1972 (Bahagian 3), yang MELARANG warga tentera menghadiri perhimpunan atau kempen politik dengan berpakaian seragam tentera?  Lihat di belakang Zahid (memakai baju BN, bukan berkempen politik?), pegawai-pegawai tentera lengkap berpakaian seragam tentera.  Tidakkah ianya menyalahi peraturan di dalam PMAT 1972?  Bayangkan jika Lain-Lain Pangkat (LLP) yang berbuat demikian?  Sudah tentu akan dikenakan tindakan tatatertib.

Warga tentera mesti lakukan perubahan kali ini.  Jangan biarkan pemimpin Umno seperti ini memperdaya anda semua dengan peraturan yang mereka sendiri langgar.  Lakukan perubahan di dalam PRU 13 kali ini.